fbpx

‘Ronaldo’ berkhatan semasa Euro 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Edaran kad majlis kesyukuran seorang kanak-kanak bernama Kristian Ronaldo yang tular di media sosial. - Instagram

JAKARTA – Nama kapten bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi sebutan di media sosial Indonesia apabila kad edaran majlis berkhatan dikaitkan dengan  pemain itu menjadi  tular, lapor Suara.com.

Rupa-rupanya, Ronaldo yang dikatakan itu bukanlah bintang Juventus itu tetapi ialah seorang kanak-kanak lelaki dari Pekalongan, Jawa Tengah yang bernama Kristian Ronaldo.

Menerusi kemas kini status di Instagram @beritapekalongan1, terpapar sekeping kad undangan majlis kesyukuran sempena Kristian selamat berkhatan.

“Di tengah-tengah kesibukan menghadapi temasya Euro 2020, ternyata Ronaldo sempat meluangkan masa untuk berkhatan,” tulis akaun itu.

Status itu mengundang banyak komen-komen lucu netizen yang berasakan ia satu kebetulan yang menarik.

“Pasti anak ini apabila besar menjadi pemain bola sepak yang handal,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Ronaldo kecewa Portugal gagal mara di Euro 2020 lalu mengambil keputusan untuk berkhatan,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI