fbpx

Program Geran Komuniti Merdeka 118 dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKISAN mural yang akan mewujudkan kawasan kejiranan projek PNB Merdeka kaya dengan nilai seni.

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menerusi anak syarikatnya, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. melancarkan Program Geran Komuniti bagi mewujudkan kejiranan bersepadu, berkembang maju dan kaya dengan nilai seni serta budaya dalam Presint Merdeka 118 di Kuala Lumpur.

Program itu menyasarkan lima lokasi utama iaitu kawasan sekitar Petaling Street dan Jalan Hang Tuah.

Ia turut melibatkan kawasan Kuadran Sukan iaitu merangkumi Stadium Merdeka, Stadium Negara, Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia, Stadium Chin Woo, Majlis Olimpik Malaysia dan Muzium Sukan, Kampung Attap dan kawasan sekitar Pudu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, program tersebut bertujuan untuk memupuk idea inovatif dalam bidang sukan, seni, budaya, warisan dan perniagaan setempat.

Ia melibatkan inisiatif seperti bengkel pembangunan kapasiti, program komuniti, latihan, acara dan pertandingan serta projek lain yang mampu mewujudkan impak positif buat masyarakat.

“Program Geran Komuniti Merdeka 118 diwujudkan untuk memupuk sinergi antara komuniti dan pembangunan bercampur Merdeka 118, yang merangkumi tempat kerja, tempat tinggal dan ruang awam.

“Presint Merdeka 118 terletak di sebuah lokasi ikonik yang kaya dengan budaya dan sejarah. Se­iring dengan visi kami untuk menjadi destinasi mercu tanda di Kuala Lumpur, penting bagi kami untuk memastikan pembangunan Merdeka 118 diharmonikan dengan komuniti secara meluas.

“Sebagai tetangga baharu dalam kejiranan sedia ada, kami mengutamakan serta menghormati keinginan komuniti setempat dan pada masa yang sama, menyumbang kepada pembangunannya secara positif.

“Kami berharap geran ini akan membuka potensi masyarakat dan kita dapat sama-sama mewujudkan presint yang berjaya dan harmoni,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan semalam.

Permohonan untuk geran berkenaan dibuka mulai semalam sehingga 20 Ogos ini dan dibahagikan dalam tiga kategori iaitu sukan, seni dan komuniti perniagaan.

Tempoh penilaian permohonan adalah selama enam ming­gu dan keputusan permohonan akan dikeluarkan pada 27 September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI