fbpx

Waktu tidak sesuai naik harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berpandangan situasi ketika ini bukan waktu yang sesuai untuk peniaga dan industri menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian mengambil maklum permohonan diterima daripada beberapa syarikat dan industri yang berhasrat untuk menaikkan harga produk keluaran mereka.

“Permohonan tersebut melibatkan pelbagai jenis produk makanan dan bahan makanan serta barangan keperluan harian yang lain.

“Langkah ini tentunya akan menambahkan beban kepada pengguna yang sememangnya telah terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Alexander berkata, KPDNHEP komited bagi memastikan kelangsungan ekonomi domestik dapat berjalan dengan baik meskipun negara berhadapan dengan cabaran penularan wabak Covid-19.

“Bagaimanapun, kementerian juga bertanggungjawab dalam melindungi hak dan kepentingan pengguna dalam mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua belah pihak,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI