fbpx

Lebih 40 peratus PKS berisiko ‘bungkus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
SHAZWAN YUSOP, WARTAWAN EKSEKUTIF

BERMULA 1 Jun lalu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 dalam masyarakat.

Menerusi pelaksanaan itu, aktiviti harian masyarakat terbatas dan hampir semua sektor ekonomi tidak boleh beroperasi.

Hanya syarikat dalam per­khidmatan perlu dibenarkan beroperasi, manakala syarikat lain disarankan supaya mengarahkan pekerja bekerja dari rumah atau menutup sementara operasi.

Berikutan itu, ramai pengusaha kecil dan sederhana (PKS) termasuk pengusaha gunting rambut dan salon terpaksa ditu­tup sekali gus menjejaskan periuk nasi mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif, C Cut Management Service Sdn. Bhd., Muhammad Nasrullah Yahya berkata, PKP 3.0 telah menyebabkan pengusaha PKS se­pertinya berada dalam keadaan kritikal.

“Saya tidak dapat menjangkakan sampai bila perniagaan ini dibenarkan kembali beroperasi. Saya juga tidak tahu sama ada dapat terus bertahan atau tidak selepas PKP 3.0 dilanjutkan.

“Saya sangat berharap kerajaan dapat menyegerakan bantuan terutamanya subsidi upah dan moratorium penuh seperti diterima ketika PKP 1.0 pada tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Muhamad Nasrullah berharap, pihak kerajaan dapat membenarkan kedai gunting rambut kembali beroperasi dalam tempoh terdekat dengan menambah baik prosedur operasi standard (SOP).

Ujarnya, langkah itu dapat membantu pengusaha kedai gunting rambut sepertinya kembali ‘bernyawa’ dan para pekerja dapat bertugas seperti biasa.

“Saya mempunyai 36 pekerja di enam cawangan kedai gun­ting rambut C Cut. Semuanya terpaksa diberi cuti tanpa gaji.

“Saya bukan tidak menyokong PKP 3.0, namun kecewa apabila sektor perkilangan dibenarkan beroperasi sedangkan mereka menjadi punca kenaikan kes ha­rian Covid-19,” katanya.

Menurutnya, dia menganggarkan kerugian yang dialami hampir RM150,000 sepanjang sebulan pelaksanaan PKP 3.0 dan angka itu akan terus meningkat.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya Dr. Noradli Ridzwan Shah Mohd. Dali berkata, kerajaan perlu mewajibkan pihak bank memberi moratorium secara automatik kepada PKS.

“Ketika ini, moratorium ha­nya terhad kepada golongan B40 dan PKS yang memohon. Selepas sebulan PKP 3.0 dilaksanakan, saya rasa sudah tiba masanya ia dilaksanakan secara automatik.

“Saya ada mendapat rungutan daripada pihak PKS bahawa terdapat bank yang enggan memberi kerjasama apabila mereka ingin memohon moratorium atau menstruktur semula bayaran balik pinjaman,” ujarnya.

Menurut data Persatuan PKS, dijangkakan 40 peratus perniagaan mikro akan gulung tikar dan dua juta pekerja bakal hilang pekerjaan sekiranya PKP penuh diteruskan selepas ini.

Sebelum ini, 32,000 PKS terutamanya pengusaha peruncitan dan kedai makan telah menutup operasi mereka sepanjang Mac hingga September tahun lalu.

Noradli Ridzwan berkata, situa­si semasa ketika ini menyebabkan para penganalisis ekonomi menjangkakan Kelua­ran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini akan menyusut daripada sasaran sebenar.

Katanya, Bank Dunia baru-baru ini menyasarkan pertumbuhan KDNK negara tahun ini sekitar 4.5 peratus berbanding sebelum PKP 3.0 iaitu 6 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI