fbpx

Diskaun elektrik antara lima hingga 40 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, kerajaan
bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus
mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam
sebulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

“Secara keseluruhan,rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil elektrik bulan Julai 2021.

“Selain itu, bagi sektor-sektor ekonomi yang terjejas khususnya seperti pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah dan pejabat syarikat pelancongan tempatan turut dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI