fbpx

Tanah hitam jadi punca rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUDDIN menapis tanah hitam yang siap diproses ketika ditemui di Felda Medoi, Segamat semalam.

SEGAMAT – Kehidupan seorang pengurus acara yang terkesan dengan pandemik Covid-19 berubah apabila dia kini menjadi pembekal tanah hitam daripada biji kelapa sawit untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Khairuddin Beran, 50, berkata, dia terpaksa melakukan pekerjaan itu selepas buntu tidak tahu di mana hendak mencari wang apabila Perintah Kawalan Perge­rakan masih belum tamat sejak dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

Katanya, dia kemudian mengambil keputusan untuk menjadi pembekal tanah hitam daripada biji kelapa sawit yang dibakar selepas menghubungi pihak Felda.

“Saya hubungi mereka mana tahu ada peluang jana pendapatan. Mereka memberikan saya bekalan tanah hitam daripada biji kelapa sawit untuk saya jual.

“Kerja memproses tanah de­ngan menapis dan membungkus semula dilakukan sendiri kerana saya tidak mampu mengupah pekerja. Tanah itu dijual untuk pasaran Segamat,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Felda Medoi di sini.

Dia yang mesra di­sapa Pak Din mengakui kerja itu begitu mencabar mental dan fizikalnya yang hampir mencecah usia 60 tahun.

Menurut bapa kepada enam anak itu, sebungkus tanah sebe­rat 30 kilogram dijual pada harga RM21 dan dia mampu mendapat RM400 sehari.

“Saya juga menanam pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan di sekeliling rumah seperti brokoli, kailan, cili padi, kubis, kacang panjang, betik dan lain-lain menggunakan tanah itu,” katanya.

Ujar Khairuddin, tanah itu dibakar bersama pasir untuk mengeluarkan bau busuk bagi menyuburkan tanaman seperti pokok kelapa sawit, pokok getah, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Pak Din di talian 017-5977561. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI