fbpx

Video viral: Remaja lelaki buat ramai sukar tidur!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIY, remaja yang tiba-tiba popular dalam TikTok selepas videonya tular.

BEBERAPA hari lalu, tular sebuah video dalam media sosial memaparkan seorang remaja lelaki bernama Hafiy yang mengajak pengikut media sosialnya untuk tidur.

Dalam video tular tersebut, dia bertanya pengikutnya mengapa masih belum tidur, sebelum memaksa mereka menutup telefon seterusnya memejamkan mata sambil menunjukkan tiga jari yang mirip sebuah pistol.

“Kenapa tidak tidur lagi, kenapa awak belum tidur lagi. Bagi dua sebab kenapa awak belum tidur. Tidur, jangan tak tidur,” luahnya dalam nada manja dan wajah comel.

Disebabkan Hafiy, ramai berseloroh, mereka semakin sukar tidur kerana teringatkan video tersebut.

Malah, ada juga yang bergurau bahawa video tersebut boleh dijadikan penawar masalah insomnia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI