fbpx

Parti liar dadah dan hubungan songsang diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada peralatan menghisap dadah yang dirampas dalam satu serbuan ke atas parti liar di ibu negara semalam.

KUALA LUMPUR – Lima lelaki yang sedang leka berhibur dalam parti liar dianjurkan mereka dikejutkan dengan kehadiran pihak polis menerusi satu serbuan di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dan pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 3 petang susulan maklumat parti liar yang diterima.

“Pemeriksaan yang dilakukan telah membawa kepada penemuan peralatan untuk menghisap dadah serta peralatan bagi melakukan seks songsang dan pihak polis telah menahan lima individu berusia 31 hingga 42 tahun.

“Pemeriksaan dan soal siasat yang dilakukan mendapati kesemua mereka menyewa unit kondominium tersebut dengan kadar sewaan kira-kira RM400 sehari sejak 15 Jun lalu untuk melakukan aktiviti tidak bermoral mereka itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, turut ditemui dalam serbuan berkenaan adalah sejumlah dadah dipercayai jenis syabu, beberapa keping kondom dan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan bagi tujuan melakukan hubungan seks songsang.

“Kesemua yang ditahan ini merupakan pasangan dan rakan yang mana dua daripada mereka bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat membeli belah, seorang tukang masak dan pereka grafik manakala seorang lagi yang ditahan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI