fbpx

Disangka kebakaran rupanya buat pemujaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan yang ditemui di dalam sebuah unit kondominium di Gelugor Selasa lalu.

GEORGE TOWN – Cahaya api yang dilihat jiran daripada sebuah unit kondominium di Persiaran Bukit Gambir, Gelugor di sini membongkar kegiatan seorang lelaki dipercayai melakukan pemujaan awal pagi Selasa lalu.

Difahamkan jiran berkenaan yang pada awalnya menyangka ia kejadian kebakaran segera menghubungi bomba kira-kira pukul 1.55 pagi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan berhubung kehadiran cahaya seperti kebakaran di tingkat 31 tersebut.

Beliau berkata, apabila pasukan bomba tiba, pihaknya mendapati tiada sebarang kebakaran yang berlaku.

“Pemeriksaan bersama polis di sebuah unit mendapati ada bau asap dari rumah tersebut dan kita membuka pintu dengan peralatan khas menyelamat.

“Sebaik pintu dibuka, terdapat seorang lelaki berumur 23 tahun disyaki sedang melakukan aktiviti pemujaan dan tiada sebarang kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pada operasi itu, pihak berkuasa menemui pelbagai peralatan bagi aktiviti pemujaan seperti patung dan lilin serta beberapa gambar pasangan dipercayai bagi ritual berkenaan.

Sementara itu, insiden itu tular di media sosial hari ini selepas video dipercayai dirakam dari unit berdekatan yang memaparkan tindakan seorang lelaki seolah-olah sedang melakukan upacara pemujaan dalam cahaya api dikongsi pengguna. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI