fbpx

Bergaul dengan insan positif, rahsia Nabila Razali bangkit semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA berpesan kepada agar sentiasa bersama golongan yang positif dan memberi manfaat.

PETALING JAYA – Mengakui pernah berasa putus asa namun penyanyi dan pelakon Nabila Razali percaya individu di sekelilingnyalah yang menjadi tulang belakang untuknya bangkit dan kembali bersemangat meneruskan hidup.

Perkara tersebut dikongsikan Nabila menerusi sesi soal jawab bersama peminat dalam InstaStorynya malam tadi.

“Kak Bella (nama panggila Nabila) pernah rasa nak putus asa?” soal pengikut Instagramnya.

Menjawab soalan tersebut, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 28, memberitahu dia juga pernah rasa untuk berputus asa namun perasaan negatif tersebut berubah disebabkan orang sekelilingnya.

“Saya sentiasa fokus untuk mencari jalan penyelesaian supaya tidak menyesal pada kemudian hari dan seperti biasa, selalu cakap ‘support system’.

“Kita hidup di atas muka bumi ini bukan seorang diri, kelilingilah diri kita dengan insan-insan yang memberi manfaat dan tenaga positif kepada kehidupan. Biarlah mereka tidak ramai, pastikan kelompok yang bagus,” jawab pelantun lagu Pematah Hati itu.

Sementara itu, dalam soalan lain, dia juga ditanya sama ada pernah berasa marah terhadap golongan netizen.

“Tidak pernah (marah) kerana jumlah kasih sayang yang saya terima lebih bernilai,” katanya ringkas.

Terdahulu, Nabila pernah menerima kecaman hebat selepas beberapa kali nyanyiannya terkucil ketika mempersembahkan lagu Peluang Kedua.

Bahkan, baru-baru ini juga dia turut dilabel gedik kerana membawa patung dinosaur ketika menerima suntikan vaksin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN