fbpx

Saluran YouTube Nabila Razali sudah kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA melahirkan rasa syukur selepas saluran YouTubenya yang menjadi mangsa godam akhirnya diperolehi kembali.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Nabila Razali melahirkan rasa bersyukur selepas saluran YouTubenya yang digodam dua minggu lalu akhirnya berjaya diperoleh semula.

Berita gembira tersebut dikongsi Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali menerusi InstaStorynya malam tadi.

Dalam video tersebut, Nabila turut menjerit kegembiraan ketika melihat saluran YouTubenya, Nabila Razali Entertaiment sudah kembali.

“Sudah dapat semula! Ya Allah Ya Tuhanku! Jumlah tontonan video muzik rasmi Peluang Kedua masih sama iaitu 34.4 juta.

“Namun, jumlah pengikut sudah berkurangan menjadi 359,000 daripada 390,000 sebelum ini,” kata penyanyi berusia 29 tahun itu.

Dalam pada itu, walaupun jumlah pengikutnya menunjukkan angka penurunan, dia tetap bersyukur dan percaya semuanya akan bertambah semula seperti sebelum ini.

“Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya saya sudah dapatkannya kembali.

“Jumlah tontonan masih sama. Angka pengikut itu tidak mengapa, kita boleh dapat semula. Terima kasih, ini semua berkat anda semua,” katanya lagi.

TANGKAP layar saluran YouTube Nabila Razali Entertainment yang sudah diperolehinya kembali selepas dipadam oleh YouTube kerana digodam baru-baru ini.

Nabila bagaimanapun tidak berkongsi lanjut prosedur mengenai cara dia mendapatkan semula saluran tersebut.

Terdahulu, Kosmo! pada 20 September lalu melaporkan saluran YouTube pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas digodam sehingga terpaksa dipadam oleh pihak YouTube. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI