fbpx

59 termasuk lapan kakitangan awam ditahan ketika berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada individu yang ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah premis pusat hiburan di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 59 individu termasuk lapan kakitangan awam yang sedang leka berhibur dikejutkan dengan kehadiran pihak polis menerusi satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu di sini hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap (D7), JSJ Kuala Lumpur susulan maklumat dan risikan dilakukan.

“Serbuan dibuat pukul 9.30 malam dan kita telah menahan seramai 59 individu yang terdiri daripada 37 wanita dan 22 lelaki tempatan berusia di antara 20 hingga 45 tahun.

“Pasukan serbuan turut mengambil tindakan merampas sejumlah minuman keras dan peralatan audio di premis berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Turut serta dalam serbuan tersebut adalah anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Menurut Nasri, siasatan awal yang dilakukan mendapati pengunjung pusat hiburan berkenaan mula memasuki premis di tingkat bawah tanah itu seawal pukul 1 tengah hari.

“Premis ini dikesan beroperasi bermula pukul 1 tengah hari sehingga 10 malam dan ketika serbuan dilakukan pusat hiburan ini baru beroperasi selama tiga hari selepas selesai direnovasi.

“Ketika ini pihak polis masih di dalam proses pemeriksaan serta dokumentasi terhadap pengunjung, penjaga premis serta pekerja selain melakukan ujian air kencing,” ujar beliau.

Difahamkan, kesemua tahanan akan dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk tindakan seterusnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI