fbpx

Brazil kekal rekod kemenangan total

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASEMIRO (kanan) muncul wira Brazil selepas meledak gol kemenangan ketika Brazil menundukkan Colombia 2-1 pagi semalam. – AFP

SAO PAULO – Brazil terus me­ngukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan B selepas berjaya menewaskan Colombia 2-1 pada aksi Copa America 2021 pagi semalam.

Bagaimanapun, skuad kendalian Tite itu dikejutkan dengan gol pembukaan oleh Colombia pada minit ke-10 selepas Juan Cuadrado melakukan hantaran lintang sebelum Luis Diaz yang tidak dikawal dalam kotak penalti melakukan sepakan akrobatik menarik.

Namun, selepas mendahului perlawanan itu, Colombia membuat keputusan untuk beraksi secara bertahan menyebabkan mereka menerima asakan yang hebat daripada Brazil yang ter­desak untuk memburu kemenangan.

Insiden minit ke-78 menjadi kontroversi apabila, Lucas Paqueta mengambil sepakan percuma pantas ketika para pemain Colombia belum bersedia dan bola umpanan daripada Renan Lodi berjaya ditanduk masuk oleh Roberto Firmino melepasi penjaga gol Colombia, David Ospina.

Jaringan berkenaan menyebabkan Brazil kembali mendapat semangat dan mula memburu gol kemenangan dan akhirnya mereka berjaya mendapat gol yang dicari itu menerusi Casemiro yang menanduk masuk bola sepakan penjuru Neymar.

“Mereka mengasak kami pada awal permainan tetapi kemudian­nya terhenti selepas mendapat gol pertama mereka. Kami mula menyerang dan ia tidak mudah kerana mereka bertahan secara keseluruhan.

“Colombia adalah sebuah pa­sukan yang sangat kuat. Namun, kami berjaya menguatkan mental dan sabar serta mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan jaringan. Akhirnya kami berjaya mendapat gol penyamaan dan kemenangan,” katanya.

Brazil ketika ini berjaya meraih sembilan mata daripada tiga perlawanan dan mereka bakal turun menentang Ecuador pada aksi terakhir pagi Isnin ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI