fbpx

KTMB mahu projek KDVT2 diteruskan dengan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berharap projek Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KDVT2) diteruskan segera bagi memastikan perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo berjalan lancar.

Ketua Pegawai Teknikal KTMB, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata, penangguhan projek itu telah menyebabkan perkhidmatan penumpang dan kargo telah banyak terjejas.

“Sejak bermulanya projek KVDT 1 dan KVDT 2, operasi tren di beberapa jajaran adalah terhad kepada landasan tunggal mengakibatkan kekerapan tren terpaksa dikurangkan serta tempoh perjalanan meningkat.

“Akibatnya, jumlah penum­pang KTM Komuter menu­njukkan angka penurunan yang ketara ia­itu 65,627 orang pada tahun 2019 berbanding 136,375 orang pada tahun 2015,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan semalam.

Ahmad Nizam menjelaskan, meskipun KDVT 2 masih dalam proses penyediaan tender baharu oleh Kementerian Pengangkutan, namun pihaknya memberi jaminan bahawa laluan sepanjang projek itu selamat serta boleh digunakan untuk operasi tren penumpang dan barang.

Ini kerana katanya, laluan meliputi kawasan dari Salak Selatan ke Seremban dan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang sepanjang 265 kilometer sentiasa diselenggara oleh pasukan pe­ronda landasan.

“Walaupun projek ini dihentikan buat sementara waktu, KTMB tidak akan menggunakannya sebagai alasan untuk tidak mengambil tindakan bagi memastikan landasan berada dalam keadaan baik bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN