fbpx

Kes rentas negeri catat kompaun tertinggi di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah (kiri) ketika mengadakan lawatan di kawasan PKPD Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin hari ini.

KOTA BHARU – Kompaun merentas negeri tanpa kebenaran mencatatkan kesalahan paling banyak dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia Kelantan dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, sebanyak 204 daripada jumlah keseluruhan iaitu 496 kompaun telah dikeluarkan polis bermula 1 Januari hingga semalam merupakan kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran.

Katanya, tidak memakai pelitup muka pula mencatatkan kompaun kedua tertinggi dengan 110 kes diikuti kesalahan gagal menyediakan alatan untuk merekod kehadiran di premis perniagaan dengan 69 kes.

“Sebanyak 31 kompaun dikeluarkan ekoran tidak mematuhi penjarakan fizikal, operasi premis melebihi masa (12) dan keluar rumah tanpa alasan (25).

“Selain itu, sebanyak 39 kes melibatkan pelbagai aktiviti terlarang turut dikenakan kompaun dan enam kes lagi membawa lebihan penumpang dalam kenderaan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI