fbpx

doTERRA catat pertumbuhan jualan 43 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk terbaharu TerraMix FB yang diperkenalkan syarikat untuk meningkatkan kualiti kesihatan pelanggan.

PETALING JAYA – doTERRA, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan bersepadu serta peneraju dunia dalam pasaran aromaterapi dan minyak sensial dunia, mencatat pertumbuhan jualan yang menggalakkan sebanyak 43 peratus dan jumlah pelanggan baharu sebanyak 68 peratus tahun ini

Pengurus Besar doTERRA Malaysia, Ethan Wang berkata, meskipun berdepan dengan persekitaran yang sukar ekoran pandemik Covid-19 yang menjejaskan ekonomi runcit dan pengguna, syarikat terus berusaha untuk memastikan pertumbuhan perniagaannya.

“Kini kami telah berpindah ke gudang yang lebih besar untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan dalam masa yang sama telah memper­kenalkan lebih daripada 15 produk baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis sambutan ulang tahun keempatnya secara maya baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, syarikat telah melancarkan produk terbaharunya, TerraMix FB iaitu minuman berperisa limau dan epal semula jadi yang menyediakan sumber serat larut dan tidak larut yang baik untuk kesihatanmelalui campuran serat epal semula jadi, serat ubi kayu dan biji rami tanah.

“TerraMix FB membantu memudahkan penggunanya mendapatkan jumlah serat makanan yang disyorkan setiap hari yang mana bagi setiap hidangan minuman, ia menyediakan hingga lima gram serat makanan,” jelasnya.

Selain itu, Wang menerangkan, doTERRA yang memiliki hampir 50,000 ahli turut memberi penekanan terhadap sumbangan membantu masyarakat yang kurang berkeupayaan dengan melibatkan nilai RM435,000.

Tambah beliau, melalui ­program dōTERRA Healing Hands telah memberi manfaat kepada pelbagai badan bukan kerajaan seperti National Autism Society of Malaysia (NASOM), Tenaga­nita, Dual Blessing, Refuge for the Refugees (RFTR), Dapur Jalanan KL dan Liga Rakyat Demokratik (LRD).

“Kempen jangkauan kami yang akan datang menampilkan rakan NGO terbaharu kami, National Cancer Society of Malaysia (NCSM) yang mana kami akan menyokong pembinaan kemudahan Play Therapy untuk rumah anak-anak di NCSM,” ujarnya.

Berpangkalan di Malaysia sejak 2017, doTERRA kini mempunyai lebih dari 49,000 ahli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI