fbpx

Maut angkara besi ‘beam’ tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan mangsa yang mengalami kecederaan teruk pada muka setelah terkena besi 'beam' tayar, hari ini.

IPOH – Malang menimpa seorang pekerja kedai tayar apabila meninggal dunia dalam keadaan tragis dengan mukanya cedera teruk setelah terkena besi ‘beam’ tayar di sebuah pusat servis di Menglembu, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, K. Kumaresa, 60, yang cedera parah maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian berlaku semasa mangsa sedang menukar tayar kren dan ketika dalam proses tayar terakhir, kedengaran bunyi letupan dengan besi ‘beam’ tayar terpelanting mengenai mukanya.

Katanya, kejadian itu disaksikan oleh seorang pelanggan yang merupakan pemandu kren berkenaan.

“Saksi yang turut mengalami sakit pendengaran akibat kejadian itu segera memanggil majikan mangsa untuk memaklumkan hal tersebut.

“Mangsa yang parah pada muka disahkan maut oleh petugas perubatan di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.

Menurut Yahaya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada kesan kecederaan lain pada tubuh mangsa manakala pemeriksaan di sekeliling premis itu juga tidak menemui sebarang senjata yang berbahaya yang boleh menyebabkan kematian secara jenayah.

“Semasa anggota polis tiba di tempat kejadian, terdapat seorang lelaki yang berpakaian lengkap terbaring dalam keadaan berlumuran darah pada muka akibat kemalangan semasa bekerja,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI