fbpx

Karya anak Malaysia jadi filem terlaris di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM On Your Mark, karya dan arahan Chiu Keng Guan kini meraih sambutan hebat di lebih 9,000 buah pawagam di China.

NAMA sutradara Chiu Keng Guan pernah mencetuskan fenomena luar biasa apabila karya terbaiknya, Ola Bola (2016) mengukir kejayaan terbesar buat filem Malaysia.

Filem tersebut menjadi filem nombor satu Malaysia dengan kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM16.6 juta.

Tidak hanya Ola Bola, kepengarahan Chiu Keng Guan juga dapat disaksikan menerusi Filem Terbaik (Non-Malay) di Festival Filem Malaysia ke-27 menerusi The Journey (2014), Think Big Big (2018), Great Day (2011), Woohoo! (2010) dan Skate Our Souls (2019).

Kejayaan yang digenggam sekali gus meletakkan Chiu Keng Guan antara pengarah terbaik Malaysia dan digelar sebagai ‘The King of Malaysian Movies’.

Ketika industri perfileman negara berdepan situasi tenat impak pandemik Covid-29, Chiu Keng Guang tampil dengan filem terbaru bertajuk On Your Mark terbitan Jiangsu Maoyan Culture Media dengan kerjasama Wuxi Cangsheng Film, Tianjin Maoyan Weiying Culture Media, Jiangsu Hao Di Cultural Development, Sports Culture Development Center of the State General Administration of Sports (China Sports Museum) dan Astro Shaw selaku penerbit tunggal dari Malaysia.

Paling laris

Menariknya, naskhah bergenre drama yang mengangkat semangat kesukanan dan kasih sayang bapa bersama anak tersebut sekali lagi menjulang nama Chiu Keng Guan di persada perfileman nasional bahkan di peringkat antarabangsa.

Sejak memulakan tayangan di China bermula 18 Jun lalu, On Your Mark telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.7 juta hanya pada hari pertama tayangan di lebih 9,000 pawagam.

Lebih membanggakan, kutipan positif pada hari pertama tersebut juga meletakkan On Your Mark di tangga pertama carta filem terlaris ni di China.

Secara keseluruhan, sehingga ke 20 Jun, filem On Your Mark telah raih kutipan hampir RM24 juta.

“Sebagai pengkarya filem Malaysia, saya amat gembira apabila filem ini menerima sokongan padu pada hari pembukaannya di China.

“Saya harap filem On Your Mark akan terus berjaya dan saya tidak sabar untuk persembahkan filem ini di Malaysia tidak lama lagi,” katanya.

Untuk pasaran filem China, On Your Mark menggunakan tajuk asal iaitu The Great Dad atau ‘Liao Bu Qi de Lao Ba’.

Marathon, buta

Selain menerima liputan baik daripada media di negara tersebut, penonton di sana juga turut berkongsi reaksi sangat positif selepas trailer filem tersebut dilancarkan.

“Sebagai pengkarya filem dari Malaysia, saya sangat teruja apabila berpeluang dan diberi kepercayaan untuk mempersembahkan hasil karya sentuhan saya kepada penggemar dan penonton filem di China.

“Melalui projek ini, saya juga dapat bekerjasama dan bertukar idea dengan ramai bakat kreatif

“Saya harap filem ini mampu menyentuh perasaan penonton di samping mengangkat nama Malaysia di persada dunia,” katanya.

Terdahulu pada 2018, karya arahannya, Think Big Big juga berjaya menembusi pawagam di China dan menjadi filem Malaysia yang mendapat tayangan terbesar menerusi 10,900 pawagam dengan 60,079 tayangan.

On Your Mark membariskan pelakon hebat dari negara China seperti Yanhui Wang, Youhao Zhang, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu.
Filem berkenaan mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong yang bercita-cita menjadi pelari marathon seperti ibunya.

Namun, cita-citanya dihalang oleh bapanya, Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa dan bimbang Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah mati.
Erdong bagaimana tetap berlatih di luar padang tanpa pengetahuan bapanya.

Semasa sesi kelayakan ke pertandingan, dia terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi keyataan apabila Erdong disahkan buta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI