fbpx

Tiga lelaki diberkas kutip ribuan duit pertaruhan Euro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkakas komputer yang digunakan suspek untuk menganjurkan kegiatan judi Euro 2020.

MELAKA – Tiga lelaki dicekup polis selepas dipercayai menjalankan kegiatan judi Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2020 dengan nilai taruhan mencecah lebih RM20,000 bagi setiap perlawanan, sejak 11 Jun lalu.

Kesemua suspek berusia antara 33 hingga 47 tahun itu yang merupakan peniaga ditahan dalam tiga serbuan berasingan Op Soga di sekitar daerah ini pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, hasil risikan, sepasukan anggota telah membuat serbuan dan berjaya memberkas suspek berusia 33 tahun di sebuah rumah di Taman Sutera Batu Berendam di sini, pada pukul 9.10 malam, Jumaat lalu.

Katanya, susulan tangkapan itu, polis memberkas dua lagi suspek masing-masing berusia 47 dan 46 tahun di Kampung Lapan serta di sebuah rumah kedai di Jalan Tun Dr Lanang antara pukul 12.10 pagi sehingga 3.30 petang, keesokan harinya.

“Hasil soal siasat, kesemua suspek dipercayai telah menjalankan kegiatan judi perlawanan bola sepak Euro 2020 secara persendirian dengan nilai pertaruhan serendah RM50 sehingga mencecah ribuan ringgit melalui transaksi dalam talian.

“Difahamkan sebelum mereka dicekup, kegiatan ini mampu mengumpul wang taruhan sehingga mencecah RM20,000 bagi setiap perlawanan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI