fbpx

Lelaki Orang Asli Temiar lari tahanan polis dicekup semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (tengah) menunjukkan gambar Klaus sewaktu polis sedang giat menjalankan operasi mencari suspek di Pos Tohoi kelmarin.

GUA MUSANG – Selepas enam hari melarikan diri dari tahanan polis, seorang lelaki Orang Asli Temiar akhirnya berjaya diberkas semula ketika sedang bersembunyi di dalam sebuah bangsal di Pos Tohoi di sini hari ini.

Suspek, Klaus Ghani, 24, yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah seorang guru Sekolah Kebangsaan Tohoi bertindak melarikan diri sewaktu dibawa ke sebuah kedai runcit di Kampung Jias C, Kuala Betis di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek ditahan ketika sedang bersembunyi di dalam sebuah bangsal di sebuah ladang getah dekat Pos Tohoi kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Katanya, sebelum ini, polis telah mengesan lelaki itu di rumahnya di Pos Tohoi, namun dia sempat melarikan diri ke kawasan hutan.

“Sepasukan anggota polis telah membuat pemerhatian terhadap sebuah bangsal di dalam ladang getah di Pos Tohoi pagi tadi sebelum menahan suspek.

“Kita turut menahan seorang peniaga di sebuah kedai runcit untuk membantu siasatan kerana membeli barangan yang dicuri suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 223 dan Seksyen 224 kanun sama kerana lari dari tahanan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI