fbpx

Insiden konkrit runtuh: Seorang pekerja maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang daripada tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh dilaporkan meninggal dunia tadi.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan salah seorang daripada tdua pekerja pembinaan yang ditimpa konkrit runtuh di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berhampiran Kota Damansara, meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang berusia 43 tahun itu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan, Hospital Sungai Buloh pukul 7 pagi.

“Laporan kematian mangsa diterima pihak polis sekitar pukul 4 petang dan berdasarkan hasil bedah siasat, mangsa mengalami trauma pelbagai dan disfungsi pelbagai organ akibat daripada serangan jantung.

“Saya difahamkan mangsa dalam keadaan kritikal ketika dimasukkan ke hospital, sejurus kejadian berlaku malam tadi,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini hari ini.

Sementara itu, Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Berhad (PROLINTAS) selaku pemaju projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui satu kenyataan memaklumkan operasi pembersihan perancah besi atau ‘scaffolding’ masih dijalankan di lokasi, hari ini.

“Bagaimanapun operasi itu terpaksa dihentikan sementara pukul 3 petang ekoran hujan lebat dan kerja-kerja pembersihan akan bersambung esok.

“Justeru itu, pengguna lebuh raya diminta untuk berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan yang mana lorong kanan dari kedua-dua arah NKVE ditutup dan laluan kontra telah diaktifkan untuk melancarkan trafik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, pihaknya mengingatkan kontraktor-kontraktor terlibat untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), serta mengambil langkah-langkah bersesuaian dalam aspek keselamatan pembinaan lebuh raya.

Terdahulu, dua pekerja pembinaan cedera selepas konkrit di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berhampiran Kota Damansara runtuh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.27 malam, kesemua warga Bangladesh berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu dilaporkan sedang melakukan kerja-kerja di bawah konkrit yang runtuh dari ketinggian 12 meter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI