fbpx

Pedofilia promosi pornografi kanak-kanak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang pedofilia ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pornografi di internet selain mempromosi pelbagai aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak di sini pada Rabu lalu.

Dalam tangkapan pada pukul 6 petang itu telah dilakukan sepasukan polis dari bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di sebuah rumah sekitar Semenyih.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suspek merupakan seorang lelaki yang baru berusia 19 tahun.

“Menerusi serbuan tersebut, polis telah merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang disyaki mengandungi gambar dan video kanak-kanak bagi tujuan mempromosi aktiviti tidak bermoral kepada umum serta pihak tertentu.

“Suspek telah ditahan reman selama empat hari sejak Khamis hingga esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI