fbpx

[VIDEO] Lelaki curi 58 pakaian dalam wanita didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Thye keluar dari Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didakwa.

PETALING JAYA – Seorang pelayan restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal memberi keterangan kerana memiliki 58 helai pakaian dalam wanita di rumahnya di sebuah kondominium Selasa lalu.

Tertuduh Ong Kok Thye, 23,  membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret M.Barath.

Mengikut pertuduhan, Kok Thye didapati miliki 58 helai pakaian wanita iaitu seluar dalam, baju dalam dan seluar pendek yang mana tertuduh tidak dapat memberi keterangan yang memuaskan bagaimana barang tersebut diperoleh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium, di Dataran Mentari di sini pukul 12.35 tengahari pada 15 Jun lalu yang didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 September ini untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI