fbpx

Warga emas jadi individu pertama terima ubat baharu Alzheimer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Archambault bersiap sedia menerima suntikan dos ubat baharu Alzheimer, Aduhelm di Hospital Butler, Providence di Rhode Island, kelmarin. - JESSICA RINALDI/GLOBE STAFF

PROVIDENCE, Rhode Island – Seorang warga emas dari negeri Rhode Island, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama menerima suntikan dos ubat yang baru diluluskan bagi penyakit Alzheimer, lapor akhbar New York Post, kelmarin.

Mark Archambault, 70, adalah orang pertama di luar ujian klinikal yang mendapat dos Aduhelm Biogen, yang perlu diambil secara intravena setiap bulan, berharga sekitar AS$56,000 (RM231,420) setahun dan belum diinsuranskan secara rasmi oleh program insurans kesihatan negara, Medicare.

“Kami membuka era baharu dalam perawatan Alzheimer,” kata Profesor Neurologi Perubatan Universiti Brown, Dr Stephen Salloway.

Pada minggu lalu, beberapa pakar perubatan bertegas agar Pentadbiran Makanan Dan Ubatan (FDA) AS untuk menarik semula kelulusan Aduhelm dengan alasan ujian klinikal yang dijalankan ke atasnya masih belum memberikan bukti yang kukuh akan keberkesanannya.

“Ini mungkin keputusan kelulusan terburuk yang dibuat oleh FDA yang saya ingat,” kata Dr. Aaron Kesselheim, menurut New York Times.

Pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Dadah FDA, Dr. Patrizia Cavazzoni menyedari beberapa pandangan berbeza atas kelulusan berkenaan dalam satu kenyataan rasmi sebelum ini.

“Kami memahami bahawa Aduhelm telah menarik perhatian pakar perubatan, komuniti pesakit Alzheimer, pegawai terpilih kami dan pihak berkepentingan yang berminat.

“Dengan rawatan untuk penyakit serius yang mengancam nyawa seperti Alzheimer, FDA memahami mengapa isu ini menarik perhatian ramai pihak,” jelasnya.

Ubat baharu ini adalah rawatan pertama yang disahkan untuk Alzheimer sejak 18 tahun lalu dan ubat yang diharapkan doktor bukan hanya mengurangkan gejala tetapi merawat penyakit ini dari awal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI