fbpx

Tak perlu pegang, Zul Ariffin hormat heroin gandingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL ARIFFIN dan Uyaina kini muncul sebagai pasangan dalam naskhah Love Elsa.

PETALING JAYA – Pelakon Zul Ariffn menegaskan tidak perlu bersentuhan bagi menghayati watak, sebaliknya menghormati prinsip teman gandingan dalam sesebuah drama.

Katanya, adegan berpegangan juga bukan menandakan keserasian kerana banyak elemen lain yang dapat memudahkan lagi kerjasama sepanjang proses penggambaran.

“Saya tiada masalah memberikan kerjasama kepada mana-mana pelakon sama ada, orang lama atau aktres baharu malah menghormati pendirian rakan seperjuangan lain, terutama yang berhijab.

“”Bagi saya kerja lakonan lebih kepada rasa hormat sesama pelakon. Kalau tak perlu bersentuhan, kita tak perlu buat pun jika tiada keperluan sebab bukan semua babak mesra memberi kesan.

“Di lokasi penggambaran juga adalah masa untuk kita lebih memahami pelakon lain, terutama rakan gandingan kerana bila datang lokasi baru kita faham dan tahu orang selesa dengan kita atau tidak.

“Lagi pun berlakon drama kita tidak ada banyak masa untuk sesi pembacaan skrip berbanding filem. Cuma bezanya dalam filem, saya lebih banyak watak aksi, tak sama macam drama,” katanya mengulas pendekatan lakonannya heroin berhijab Uyaina Arshad menerusi drama Love Elsa.

Karya arahan Micheal Ang tersebut menjadi gandingan pertama aktor berusia 35 tahun itu bersama Uyaina yang juga seorang pengacara popular.

Drama bersiri 24 episod siaran slot Mega Drama Astro Ria tersebut berkisarkan Ammara lakonan Uyaina yang menghidap penyakit misteri iaitu tidak boleh disentuh.

Kehadiran jiran baharu, Ridza Kim iaitu watak yang digalas Zul mencetuskan perhubungan akrab antara mereka, terutama ketika lelaki itu berhadapan kes pembunuhan.

Zul sebenarnya berasa beruntung kerana dapat bekerjasama dengan Michael yang sangat terbuka menerima pendapat pelakon dan bukan jenis memaksa.

“Berlakon dengan pengarah seperti Michael sangat menyeronokkan apatah lagi dia tak pernah paksa pelakon hingga semua ‘enjoy’ dan memberikan kerjasama yang baik,” luahnya lagi.

Pada masa sama, Zul menegaskan tidak kisah dipadankan dengan bakat baharu termasuk instafamous atau Youtuber kerana setiap orang perlu diberikan peluang untuk menjadi lebih baik.

“Berilah siapa saja untuk bergandingan dengan saya di dalam TV atau filem kerana tiap kita pernah melalui pengalaman pertama. Jika tidak diberi ruang dan peluang bagaimana kita tahu kemampuan seseorang.

“Saya pun pernah berada dalam situasi sama. Saya tiada masalah berpasangan dengan bakat baharu pun. Ramai yang mampu menyerlahkan bakat mereka dan membina nama sendiri,” tambahnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI