fbpx

Syed Iqmal buka kelas bahasa Arab pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELAS bahasa Arab Syed Iqmal dapat sambutan dalam kalangan selebriti.

UMUM tahu Syed Iqmal memang fasih bertutur dalam bahasa Arab. Kerap juga melihat dia mengajar beberapa perkataan bahasa Arab kepada pengikut Instagramnya dalam video siaran langsung sebelum ini tetapi sekadar untuk suka-suka.

Namun, baru-baru ini ternampak Syed mengadakan kelas bahasa Arab dengan beberapa selebriti tanah air iaitu Nabila Huda, Alya, Nazim Othman dan Erma Fatima.

Terkejut juga pada mulanya kerana tiada angin tiada ribut, dia buka kelas dan mengajar rakan artis pula.

Geli hati menonton gelagat mereka ketika belajar dengan Syed, bermacam-macam perkataan aneh yang keluar.

Itulah namanya proses pembelajaran, jika tidak buat salah, bagaimana untuk belajar daripada kesilapan.

Bagus juga mereka belajar bahasa Arab dengan Syed. Sekurang-kurangnya mereka dapat ilmu baharu selain mengisi banyak masa terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Selepas ini artis mana pula yang hendak buka kelas? Mungkin boleh mulakan kelas memasak atau solekan pula. Kelas lakonan Nabila pun sukses nampaknya

MIZZ LAHAR: Tak sabar nak tengok drama Budak Tebing 2. Dengar, makin dramatik dan mendebarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI