fbpx

Polis kesan pakej vaksin RM450 di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis mengesan kewujudan sindiket penipuan menawarkan pakej vaksin Covid-19 di laman Facebook dan panggilan telefon kepada mangsa.

Harga vaksin yang ditawarkan adalah RM450 untuk warga tempatan manakala RM800 bagi warga asing.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md. Din berkata, taktik itu terbongkar selepas pihaknya menahan seorang lelaki dan wanita berusia 26 dan 27 tahun di Selangor, semalam.

Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan yang mendakwa menerima maklumat daripada rakannya berkaitan tawaran pakej vaksin Covid-19.

“Siasatan awal mendapati suspek membuat tawaran vaksin di Facebook dan panggilan telefon.

“Pelanggan yang berminat akan didaftarkan dalam Program Vaksinansi Covid-19 Selangor (SCVP) melalui aplikasi Selangkah. Mana-mana pembeli yang berminat mendaftar, mereka akan diletakkan dalam senarai menunggu.

“Pembayaran perlu dibuat oleh pembeli selepas nama mereka tersenarai sebagai penerima vaksin dalam aplikasi berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kira-kira 30 orang sudah dihubungi dan 10 peratus sudah menyatakan minat untuk membeli pakej tersebut.

“Semakan mendapati pendaftaran SCVP dihadkan kepada syarikat sahaja dan masih belum dibuka individu,” katanya.

Kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI