fbpx

PMPPB tawar perkhidmatan Covid-19 Bus Mobile Vaccination

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertubuhan Muafakat Pengusaha dan Pemandu Bas (PMPPB) Johor merayu kerajaan negeri menggunakan perkhidmatan bas bergerak dalam melaksanakan program vaksinasi.

JOHOR BAHRU – Pertubuhan Muafakat Pengusaha dan Pemandu Bas (PMPPB) Johor merayu kerajaan negeri menggunakan perkhidmatan bas bergerak dalam melaksanakan program vaksinasi.

Pengerusi PMPPB Johor, R Thiagarajan berkata, idea perkhidmatan ‘Covid-19 Bus Mobile Vaccination’ itu bagi membantu ahli mereka yang kehilangan punca pendapatan terutama selepas sempadan Malaysia-Singapura ditutup.

“Ini adalah usaha persatuan untuk terus mencari rezeki bagi ahli. Kerajaan negeri perlu memberi peluang kepada kami dan tidak hanya tertumpu kepada syarikat-syarikat bas yang besar semata-mata.

“Berilah juga kami ruang kerana ada mulut yang perlu disuap. Sehingga kini bas-bas milik ahli PMPPB tidak beroperasi lagi.

“Jadi kami berharap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad dapat mendengar suara hati kami,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Thiagarajan yang juga Setiausaha Agong Gabungan Bas Malaysia (GBM) lagi, tawaran perkhidmatan itu sudah dimohon secara bertulis kepada kerajaan negeri pada 8 Jun lalu dan kerajaan Pusat pada 11 Jun lalu namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI