fbpx

PIDM, MAB bantu OKU penglihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kakitangan PIDM yang memberi sokongan kepada OKU yang menerima vaksin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perbada­nan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah menaja bakul makanan untuk keluarga orang buta, makanan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertugas di pusat vaksinasi bagi orang buta.

Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah berkata, ini merupakan sebahagian daripada kerjasama erat antara PIDM dan Persa­tuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bagi menyokong ke­sejahteraan orang kurang upaya penglihatan.

Menurut beliau, sumbangan yang dikumpul menerusi kempen yang didorong oleh kakitangan PIDM, akan memanfaatkan lebih daripada 170 keluarga di Semenanjung Malaysia, Sabah and Sarawak.

Selain itu, pihaknya turut menyediakan pek makanan bagi 2,000 penerima vaksin dan 50 petugas perubatan dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin Kompleks MAB di Brickfields,Kuala Lumpur baru-baru ini khusus untuk orang buta.

“Dalam tempoh mencabar ini, kami bertekad untuk membantu dan memenuhi keperluan golongan yang kurang mendapat perhatian seperti komuniti orang buta,” katanya dalam kenyataan yang dike­luarkan semalam.

PIDM dan MAB telah memulakan kerjasama sejak tahun pada 2020, dengan menyediakan sumbangan sebanyak 1,000 kit penjagaan diri yang telah diagihkan kepada orang buta.

Kit penjagaan itu terdiri da­ripada pelitup muka dan sa­nitasi tangan untuk membantu mereka melindungi diri daripada jangkitan virus Covid-19.

Selain itu, PIDM juga menaja 10 unit mesin penulis braille mekanikal, Perkins Brailler bagi pelajar buta yang mengikuti kelas literasi dan komunikasi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAB, George Thomas menjelaskan, sumber pendapatan lebih daripada 3,500 orang buta telah terjejas teruk ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) apabila sektor-sektor tertentu tidak dapat beroperasi.

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 50,000 orang buta yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Ramai orang buta yang bergantung kepada gaji ha­rian yang diterima daripada pekerjaan mereka di pusat urut dan refleksologi, busking dan menjual barang dari premis ke premis atau di tempat awam.

“Setiap kali PKP diumumkan, semua aktiviti ini terhenti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI