fbpx

Pemandu lori maut rempuh tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan pemandu lori yang tersepit selepas lori dipandunya merempuh tiang elektrik di Jalan Ipoh - Lumut malam tadi.

LUMUT – Seorang pemandu lori tiga tan maut apabila kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh tiang elektrik berhampiran simpang Kampung Sitiawan di Jalan Ipoh – Lumut di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, S Elangeswaran, 43, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lori tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Lumut, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kemalangan berlaku disebabkan kenderaan hilang kawalan lalu terbabas manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, sebaik bomba tiba mangsa didapati tersepit pada tempat duduk pemandu.

“Sebaik dikeluarkan mangsa kemudian diperiksa pasukan perubatan dan disahkan meninggal dunia lalu diserahkan kepads pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada pukul 11.50 malam,” ujar jurucakap tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI