fbpx

Kereta lari pemeriksaan terbabas, tiga ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta tersebut terbabas dan memasuki longkang besar berhadapan Taman Sri Nanding, Hulu langat, Kajang.

KUALA LUMPUR – Cubaan sebuah kenderaan yang dinaiki empat individu untuk lolos semasa dikejar anggota kereta peronda (MPV) gagal selepas kereta itu terbabas di Taman Sri Nanding, Hulu langat di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 petang, kereta jenis Perodua Bezza sebelum itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di Jalan Cheras menghala ke arah Kajang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kereta itu kemudian bertembung dengan sebuah MPV yang sedang membuat rondaan cegah jenayah.

“Anggota bertugas mengarahkan pemandunya berhenti untuk pemeriksaan, sebaliknya dia memecut.

“Anggota MPV kemudian memohon bantuan Pusat Kawalan Cheras dan tiga unit MPV dikerah untuk membantu menahan suspek.

“Kereta itu bagaimanapun terbabas sendiri dan kita dapat memberkas tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita dengan bantuan penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seorang lagi suspek dapat melarikan diri dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

Semakan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang berusia 20 hingga 36 tahun memiliki pelbagai rekod jenayah.

“Saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif amphetamine dan methamphetamine,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI