fbpx

Pegawai SPRM, ahli perniagaan didakwa terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Tinggi Shah Alam.

SHAH ALAM – Dua lelaki termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan bersubahat dan menerima rasuah berjumlah RM100,000, April lalu.

Tertuduh, Shahrul Izuan Mohd. Zain, 41, dan Teoh Peng Sin, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Berdasarkan pertuduhan, Shahrul Izuan yang bertugas di SPRM Putrajaya didakwa telah bersubahat dengan Peng Sin menerima rasuah wang tunai RM100,000 daripada Tan Chee Sheng sebagai dorongan untuk tidak melakukan siasatan di bawah kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) terhadap Chee Sheng.

Peng Sin yang bekerja sendiri di Johor Bahru pula didakwa menerima rasuah wang tunai RM100,000 daripada Chee Sheng sebagai dorongan atas perbuatan yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di sebuah kedai kopi dalam sebuah pusat beli-belah di Sepang pada 14 April lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Shahrul Izuan pula didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 28(1)(c) dan turut dibaca dengan seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Kedua-dua tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan pilihan yang masing-masing dibacakan ke atas mereka.

Kedua-dua kes disebut semula pada 28 Julai depan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI