fbpx

MAIS peruntukkan RM2juta bantu keluarga Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma MAIS. Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak RM2juta diperuntukkan bagi membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan dengan pandemik Covid-19 terutamanya golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dicutikan tanpa gaji, dikurangkan gaji sehingga 50% atau yang hilang punca pendapatan.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, sebanyak 15,418 keluarga penerima telah menerima bantuan dengan jumlah agihan sebanyak RM1,514,800 sejak Program Agihan Fidyah MAIS dilancarkan pada 28 Disember tahun lalu.

“Sumbangan berupa pek barangan makanan kepada pemohon yang layak, dilaksanakan dengan kerjasama Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), masjid dan surau di daerah yang terlibat.

“RSAFM berperanan membantu mengemaskini dan mengesahkan maklumat mereka yang memerlukan dan membantu pengagihan fidyah MAIS,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, sebarang masalah dan kemusykilan berkaitan permohonan bantuan agihan fidyah MAIS, pemohon boleh merujuk pegawai urusetia Agihan Fidyah MAIS (AFM) iaitu Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil di talian 0192646277 atau Amirah Addilah Mohd Johari di talian 0173272069. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI