fbpx

Lima nelayan tangkap ikan di kawasan larangan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot pukat tunda dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan larangan berhampiran Pulau Tuba, malam semalam.

LANGKAWI – Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis menahan sebuah bot pukat tunda kerana didapati menangkap ikan di luar kawasan dibenarkan berhampiran Pulau Tuba di sini semalam.

Bot nelayan tempatan kelas C dinaiki seorang tekong serta empat awak-awak itu ditahan dalam Op Benteng dan Op Aman pada kedudukan 2.1 batu nautika tenggara Pulau Tuba di sini kira-kira pukul 11.15 malam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di luar kawasan dibenarkan dengan menggunakan pukat tunda.

Katanya, pemeriksaan mendapati bot berkenaan dinaiki seorang tekong dan tiga awak-awak warga Thailand dan seorang lagi awak-awak warga tempatan berusia antara 19 hingga 54 tahun.

“Semua nelayan warga asing itu didapati mempunyai dokumen pengenalan diri meragukan manakala nelayan tempatan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pemilik bot juga disyaki melanggar syarat sah lesen dan melakukan kesalahan menggaji kru warga asing tanpa permit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI