fbpx

Lelaki warga asing ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dibawa naik oleh anggota PPDA sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui lemas ketika mencari ikan di kawasan lombong sekitar Taman Perindustrian KRI, Rawang di sini hari ini.

Menurut laporan Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Zaidi Ahtan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.43 malam semalam.

“Seramai 26 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Shah Alam dan Klang termasuk unit anjing pengesan telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Mangsa bersama rakan dilaporkan telah ke kawasan lombong di Taman Perindustrian KRI untuk mencari ikan sebelum lemas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, operasi mencari telah diteruskan hari ini dan mayat mangsa telah ditemui kira-kira pukul 9.37 pagi oleh pasukan PPDA sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI