fbpx

Lelaki 39 isteri meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ziona bergambar bersama keluarga besarnya. - Barcroft Media/The Sun

MIZORAM, INDIA – Seorang lelaki yang mempunyai 94 anak dan 39 isteri meninggal dunia pada umur 76 tahun selepas jatuh sakit secara mengejut sejak minggu lepas, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Lelaki tersebut, Ziona Chana, digelar sebagai lelaki yang mempunyai keluarga terbesar di dunia yang turut memiliki seramai 14 menantu, 33 cucu dan seorang cicit.

“Dengan rasa dukacita, penduduk Mizoram mengucapkan selamat jalan kepada Ziona.

“Mendiang dan kampung ini telah menjadi tarikan pelancong di negeri ini disebabkan oleh keluarga besarnya,” ujar Ketua Menteri wilayah tersebut.

Sementara itu, dalam satu temu bual sebelum ini, Ziona pernah menyuarakan rasa bertuahnya kerana dikurniakan keluarga yang besar.

“Saya menganggap diri saya bertuah kerana menjadi suami kepada 39 orang wanita dan ketua kepada keluarga terbesar ini,” katanya.

Kesemua ahli keluarga Ziona tinggal sebumbung di sebuah kediaman empat tingkat dengan 100 bilik tidur di sebuah perkampungan terpencil di negeri Mizoram.

Kediaman empat tinggal yang didiami oleh keluarga besar Ziona. – Richard Grange/The Sun

Kediaman keluarga tersebut yang dikenali sebagai Chhuanthar Run, yang bermaksud rumah generasi baharu mempunyai sekolahnya tersendiri, sebuah padang permainan, bengkel bertukang, ladang khinzir dan ayam, sawah padi serta kebun sayur-sayuran.

Isteri pertama Ziona, Zathiangi, membahagikan tugasan harian rumah itu kepada isteri-isteri, anak-anak perempuan dan menantu-menantu perempuan yang lain.

Di rumah itu, Ziona mempunyai sebuah bilik tidur mewah untuk dirinya sendiri yang mana isteri-isterinya akan bergilir-gilir dipanggil ke bilik tersebut.

Pada waktu-waktu biasa, isteri-isterinya perlu tidur di bilik-bilik lain yang dikongsi dengan ahli keluarga yang lain.

Ketika waktu siang, tujuh atau lapan isteri Ziona perlu sentiasa berada di sampingnya untuk memberi layanan kepada semua kehendaknya. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN