fbpx

Juruwang ditembak kerana minta pengunjung pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar raya di mana insiden juruwang ditembak mati oleh pengunjung yang enggan pakai pelitup muka. - YouTube

ATLANTA, Georgia – Seorang juruwang wanita ditembak mati di sebuah pasar raya di negeri Georgia, Amerika Syarikat  selepas mangsa meminta seorang lelaki supaya memakai pelitup muka, lapor akhbar New York Post semalam.

Seorang lagi mangsa kejadian ialah pesara timbalan syerif yang cuba campur tangan dalam kejadian tersebut, namun  turut ditembak suspek, kata pihak berkuasa.

Insiden  berlaku pada petang semalam di Pasar Besar Big Bear di DeKalb, ketika pekerja berkenaan meminta Victor Tucker Jr, 30, untuk memakai pelitup muka, demikian menurut Atlanta Journal-Constitution dan Biro Penyiasatan Georgia (GBI).

Tucker tidak mempedulikan arahan tersebut mula bertengkar dengan mangsa sebelum meninggalkan premis itu  tanpa membuat sebarang pembelian, kata GBI.

Tidak lama selepas itu, suspek kembali pasar raya dan menembak mangsa di kepala, kata pihak berkuasa.

Juruwang itu yang belum didedahkan  identitinya,  disahkan meninggal dunia di Hospital Grady Memorial, kata GBI dalam satu siaran akhbar.

Pesara timbalan syerif yang juga pengawal keselamatan di pasar raya itu meluru dan melepaskan tembakan ke arah suspek,  kata jurucakap pejabat Syerif Dekalb, Cynthia Williams kepada akhbar Journal-Constitution.

Tucker dan pengawal keselamatan berusia 30-an itu  cedera kecederaan selepas berbalas tembakan di tempat kejadian.

Pihak berkuasa mengatakan,  juruwang kedua di pasar raya itu turut terkena peluru dan dirawat di tempat kejadian.

Pengawal keselamatan yang juga pesara timbalan syerif daerah DeKalb itu memakai rompi kalis peluru ketika kejadian.

 Tucker ditangkap polis ketika dia cuba merangkak keluar dari pasar raya itu , kata GBI. Dia juga dibawa ke Grady Memorial Hospital dan berada dalam keadaan stabil.

GBI mengatakan bahawa kes itu masih disiasat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI