fbpx

Gangguan bekalan sayur mungkin disebabkan PKPD Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan kemungkinan berlaku gangguan bekalan sayur-sayuran susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Cameron Highlands, Pahang bermula 12 Jun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, KPDNHEP telah mengarahkan semua bahagian supaya mengambil langkah perlu bagi memastikan pelaksanaan PKPD itu hanya memberi impak minimum dan sementara kepada bekalan sayur di pasaran tempatan.

Beliau berkata, kementerian melalui penguat kuasa di seluruh negara khususnya di Pahang dan Perak akan memantau secara berterusan kedudukan bekalan dan harga bagi jenis-jenis sayur tertentu yang biasanya dibekalkan oleh pekebun-pekebun dari Cameron Highlands itu.

“Kami akan mengenakan harga kawalan atau harga maksimum jika didapati harga sesuatu barang itu melonjak ke paras yang tidak munasabah,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, analisis data harga oleh Bahagian Harga Barang Negara (BHBN), KPDNHEP pada 13 Jun lalu mendapati, perubahan harga purata harian sayuran seperti tomato, timun, kubis, kacang buncis menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya.

Alexander berkata, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 jika terdapat mana-mana pihak sengaja mengambil keuntungan secara tidak munasabah ketika ini.

“Saya ingin menasihatkan pengguna supaya tidak panik dan membeli barangan mengikut keperluan sahaja,” katanya.

Sebelum ini, beberapa akhbar tempatan melaporkan harga sayur di pasaran tempatan naik sehingga 40 peratus susulan pelaksanaan PKPD di tanah peranginan tinggi itu.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan, kawasan seluas 1,500 ekar di Cameron Highlands diletakkan bawah pelaksanaan PKPD bermula 12 Jun lalu hingga 27 Jun ini selepas 29 kes positif Covid-19 dikesan di kawasan itu dalam tempoh dua minggu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI