fbpx

Naftali Bennett PM baharu Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bennett mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Israel yang baharu semalam. -AFP

TEL AVIV – Naftali Bennett menjadi Perdana Menteri Israel yang baharu selepas parlimen negara itu menyokong parti gabungannya, sekaligus mengakhiri pemerintahan 12 tahun Benjamin Netanyahu, lapor akbar Daily Mail semalam.

Bennet semalam mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Israel selepas memenangi undi percaya dengan 60 ahli Parlimen menyokong dan 59 menentang.

Bennett, bekas sekutu Netanyahu yang kemudian menjadi lawannya kini akan mengetuai pemerintahan gabungan terdiri daripada lapan buah parti dengan ideologi berbeza.

Netanyahu dilihat hanya berdiam diri ketika proses undi. Sebaik sahaja ia diluluskan, beliau kelihatan berdiri untuk meninggalkan kamar sebelum berpaling dan menjabat tangan Bennett.

Bennett akan memegang jawatan itu sehingga Ogos 2023 sebelum diambil alih pemimpin parti Yesh Atid iaitu Yair Lapid selama dua tahun lagi sebagai sebahagian daripada perjanjian pembahagian kuasa.

Bennett mengadakan mesyuarat kabinet pertama kerajaan gabungan itu pada petang semalam selepas sah bergelar perdana menteri.

“Ini merupakan permulaan kepada sesuatu yang baharu. Kerajaan ini akan berusaha untuk ‘memperbaiki keretakan dalam negara’ selepas ketidaktentuan politik selama dua tahun,” katanya.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden merupakan pemimpin pertama yang mengucapkan tahniah kepada Bennett dan bersedia bekerjasama dengan Perdana Menteri Israel yang baharu itu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI