fbpx

Kecederaan lebur impian Pavlyuchenkova

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAVLYUCHENKOVA berdepan masalah kecederaan lutut kiri menyebabkan dia tidak dapat memberikan aksi terbaik sekali gus tewas kepada Krejcikova kelmarin. - AFP

PARIS – Pemain tenis Rusia, An­a­stasia Pavlyuchenkova meng­­a­kui faktor kecederaan yang dialami ketika final Terbuka Pe­rancis menghancurkan impiannya untuk meraih gelaran di Roland Garros buat julung kalinya.

Pemain berusia 29 tahun tersebut dilihat berpotensi untuk meraih gelaran utama tersebut apabila mara ke pentas final buat pertama kali di sepanjang 52 penampilan di pentas Grand Slam.

Bagaimanapun, Pavlyu­chenkova mengakui kecede­raan lutut kiri yang dialami sejak pusingan ketiga sema­kin serius apabila kesakitan mula menyerang dan mengganggu fokus ketika berhadapan Barbora Krejcikova.

Akibat gagal menahan ke­sakitan, Pavlyuchenkova terpaksa akur sekali gus tewas dengan keputusan 1-6, 6-2, 4-6 bagi membolehkan Krejcikova meraih gelaran Grand Slam pertamanya.

“Secara jujurnya saya me­ngalami kecederaan pada lutut. Saya tidak mendedahkan kepada umum sebelum ini kerana tidak mahu lawan saya seterusnya mengetahui keadaan saya ketika itu.

“Saya benar-benar dalam keadaan tidak bersedia secara fizikalnya. Saya mengalami kecederaan lutut ketika mengatasi (Aryna) Sabalenka pada pusingan ketiga. Saya tidak tahu bagaimana mampu mengatasi­nya.

“Pada set ketiga menentang Sabalenka, saya berkata kepada diri sendiri bahawa saya akan menangis jika memenangi perlawanan itu.

“Sangat memalukan kerana saya bermain dengan baik sepanjang kejohanan ini tetapi keadaan badan saya tidak meng­izinkan.Pada perlawanan hari ini, badan saya sudah tidak boleh menanggung kesakitan. Saya terpaksa membalut lutut kiri dan ia membuatkan fokus saya hilang dan terpaksa melepaskan peluang ini biarpun impian saya sangat besar,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI