fbpx

Upin Ipin punca Lupin ciap ‘lawak la korang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OMAR SY memberi respons dalam bahasa Melayu terhadap ciapan peminat Malaysia yang menulis Lupin sebagai Lupin & Lipin.

PETALING JAYA – Pelakon utama siri original popular Netlix berjudul Lupin iaitu Omar Sy memuji para peminatnya di Malaysia dengan mencuba untuk menulis satu ciapan dalam bahasa Melayu.

Omar yang terkenal dengan karakter Assane Diop dalam siri berkenaan berkata, peminatnya di Malaysia memang bijak-bijak belaka.

“Saya terpaksa mendapatkan seseorang untuk bantu saya faham gurauan Lupin-Lipin (merujuk kepada animasi popular Malaysia, Upin & Ipin).

“Peminat saya dari Malaysia memang pandai! Lawak la korang (adakah saya cakap dengan betul ayat ini),” ciap bapa kepada lima orang cahaya mata itu.

Omar menjawab ciapan yang ditinggalkan laman rasmi Twitter Netflix Malaysia, @NetflixMY yang berbunyi: “Rupanya Lupin & Lipin dah kembali. Lupin Part 2 kini disiarkan di Netflix.”

Lupin Part 2 kini boleh ditonton menerusi Netflix bermula 11 Jun (Jumaat) lepas.

Assane (lakonan Omar) kembali menuntut keadilan dan ingin membalas dendam terhadap taikun bisnes, Hubert Pellegrini (Hervé Pierre), dalang penculikan anaknya, Raoul pada bahagian pertama siri terbabit.

Lupin mencipta rekod luar biasa apabila bahagian pertamanya ditonton lebih 70 juta isi rumah sekali gus menjadikannya siri ‘bukan-Inggeris’ paling banyak ditonton menerusi Netflix. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI