fbpx
HANIS ZALIKHA dan keluarganya.

Hanis Zalikha si ibu idola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMUM tahu, pada hari pernikahan, Hanis Zalikha menerima duit hantaran berjumlah RM91,019.90 daripada Hairul Azreen.

Ketika itu memang ramailah yang mempertikaikan betapa mahalnya hantaran dia. Itu dahulu, sekarang dia dilambung dengan pujian.

Semua gara-gara cara didikan Hanis terhadap dua anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Tidak pernah meninggi suara dan pandai mengasuh anak sehingga Yusuf mampu menghafal sifir pada usia lima tahun. Itu antara pujian yang diberikan netizen.

“Memang berbaloi Hanis terima hantaran RM91,000 sebab pandai jaga suami, anak dan rumah tangga,” puji seorang pengguna Twitter.

Ramai yang mahu jadikan idola kaum ibu muda. Semoga Hanis banyakkan lagi perkongsian tip untuk menjadi seorang isteri dan ibu ya.

DIVA: Lain macam juga drama terbaharu, Black 2 arahan karya arahan Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi dalam Viu. Berdegup jantung menontonnya.