fbpx

Pavlyuchenkova lakar sejarah tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAVLYUCHENKOVA berjaya menundukkan Zindasek untuk mara ke pentas final Grand Slam buat kali pertama dalam kariernya. – AFP

PARIS – Pemain pilihan ke-31, Anastasia Pavlyuchenkova menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke aksi final selepas menafikan cabaran pemain bukan pilihan dari Slovenia, Tamara Zidansek dengan kemenangan 7-5, 6-3 awal pagi semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan Pavlyuchenkova berjaya mara ke pentas akhir kejohanan bertaraf Grand Slam buat pertama kali dalam kariernya selepas melakukan debut pada Kejua­raan Wimbledon edisi 2007.

Kata Pavlyuchenkova, perjalanan karier yang begitu panjang menjadikannya pemain yang lebih matang dan kini bersedia untuk memberikan yang terbaik pada saingan final menentang Barbora Krejcikova di Roland Garros malam ini.

“Saya percaya setiap atlet ada zaman kejatuhan serta era kebangkitan dan kini adalah masa untuk saya menyerlah selepas melalui perjalanan karier yang cukup panjang sebelum berjaya membuktikan kebolehan me­langkah ke pentas final Grand Slam buat pertama kali.

“Secara jujur, saya yakin peluang untuk menjuarai trofi Terbuka Perancis kekal 50-50 buat kedua-dua pemain meskipun di atas kertas, saya adalah pemain pilihan dan menduduki ranking lebih baik berbanding Krejcikova.

“Namun, saya perlu kekal fokus dan percaya kekuatan serta aspek mental sememangnya cukup penting dalam usaha mencapai kejayaan. Apa yang pasti, saya akan berikan yang terbaik di atas gelanggang esok (hari ini),” kata pemain berusia 30 tahun itu.

Pavlyuchenkova yang juga atlet kelahiran Rusia sebelum ini telah berjaya mengejutkan beberapa pemain pilihan sebelum melangkah ke pentas final se­perti Aryna Sabalenka, Victoria Azarenka dan Elena Rybakina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI