fbpx

Maqis rampas tilapia, kerisi bernilai RM4,890

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Johor merampas 287 kg ikan tilapia dan kerisi ketika pemeriksaan di laluan eksport Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru, Johor hari ini. - FOTO: IHSAN MAQIS

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki cuba menyeludup 287 kilogram (kg) ikan tilapia dan kerisi bernilai RM4,890 ke Singapura dalam pemeriksaan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini awal pagi hari ini.

Lelaki 46 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 pagi bersama lori yang dipandunya untuk diambil keterangan dan pemeriksaan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor, Hizzuan Hasim berkata, pihaknya merampas ikan tilapia dan kerisi itu selepas melanggar syarat permit iaitu membawa ikan melebihi muatan yang dimohon.

“Hasil pemeriksaan dijalankan, sejumlah 170 kg ikan tilapia dan 117 kg ikan kerisi telah dirampas atas kesalahan membawa muatan ikan melebihi kuantiti yang telah diikrar di dalam permit.

“Pemeriksaan mendapati pengeksport bertindak cuba menyorokkan kuantiti sebenar ikan yang dibawa dengan mencampurkan dengan kuantiti ikan yang telah diikrar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, lelaki itu dibebaskan selepas pihaknya selesai mengambil keterangan.

Ujarnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

“Manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM75,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI