fbpx

Covid-19 jangkiti hampir 175 juta orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat beli-belah di Bangkok pada 21 Mei lalu. - AFP

PARIS –  Koronavirus membunuh sekurang-kurangnya 3,775,362  orang sejak pandemik bermula di China pada Disember  2019, demikian menurut angka daripada sumber-sumber rasmi yang dikumpulkan agensi berita AFP hari ini.

Sekurang-kurangnya  174,762,040 kes Covid-19 turut direkodkan sepanjang tempoh tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagaimanapun menganggarkan jumlah korban pandemik yang sebenar mungkin dua atau tiga kali ganda lebih tinggi daripada angka rasmi.

Sejumlah kes tidak teruk atau tidak menunjukkan sebarang gejala turut gagal dikesan walaupun banyak negara meningkatkan ujian saringan.

Setakat semalam, sejumlah 14,010 kematian baharu dan 429,466 kes baharu direkodkan di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan terkini, negara yang mencatatkan kematian baharu paling tinggi ialah India (3,403 kematian) dan diikuti oleh Brazil (2,504) serta Argentina (669).

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 598,748 kematian daripada 33,426,425 kes. 

Di belakang AS ialah Brazil dengan 482,019 kematian daripada 17,210,969 kes diikuti India yang merekodkan 363,079 kematian daripada 29,274,823 kes,  Mexico dengan 229,578 kematian daripada 2,445,538 kes  dan Peru yang mencatatkan 187,847 korban daripada  1,995,257 kes.

 Rantau Amerika Latin dan Carribean secara keseluruhan mencatatkan 1,198,503 kematian daripada 34,579,401 kes, Europah merekodkan 1,148,664  kematian daripada 53,466,367 jangkitan, manakala AS dan Kanada mencatatkan 624,604 kematian daripada 34,824,013 kes. 

Asia melaporkan 523,372 kematian daripada 38,018,616 kes, Asia Barat merekodkan 145,445 kematian daripada 8,834,869 kes,  Afrika  menyaksikan 4,988,634 kes bersama 133,670 kematian dan Oceania mencatatkan 1,104 kematian daripada 50,140 jangkitan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI