fbpx

Khabar angin Wheein tinggalkan agensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHEEIN

PETALING JAYA – Semalam, sebuah portal tempatan Korea Selatan melaporkan bahawa penyanyi daripada kumpulan Mamamoo iaitu Wheein membuat keputusan meninggalkan agensi RBW selepas kontraknya sudah tamat tempoh.

Bagaimanapun, laporan berkenaan menyatakan bahawa penyanyi itu akan tetap meneruskan promosi bersama Mamamoo selepas ini.

Susulan daripada laporan berkenaan, sumber RBW mengesahkan setakat ini belum ada sebarang kata putus telah diambil berkaitan kontrak Wheein.

“Kami masih dalam proses perbincangan akhir tentang perkara ini. Segala keputusan rasmi akan diumumkan selepas mendapat kata putus muktamad selepas ini,” kata sumber berkenaan.

Wheein sebelum ini memulakan karier solonya menerusi album berjudul Redd pada 13 April lalu.

Sementara Mamamoo pula memulakan debut pada Jun 2014 sekali gus menjadikan 2021 merupakan tahun ketujuh keberadaan mereka dalam industri.

Dua anggotanya iaitu Solar dan Moonbyul telah memperbaharui kontrak mereka pada Januari lalu, sementara Hwasa pula melakukannya pada Mac.

Kumpulan itu baru sahaja membuat kemunculan dengan album mini ke-11 berjudul WAW. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI