fbpx

Ka Siong selesai menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong meninggalkan Istana Negara selepas satu jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaannya untuk memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media yang sedang menunggu di luar Pintu 2, Istana Negara.

Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan memasuki Istana Negara kira-kira pukul 11.50 pagi menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih.

Beliau tiba sebaik sahaja Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meninggalkan Istana Negara pada 11.35 pagi tadi- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI