fbpx

Akhbar silap lapor tentang penemuan tembikai di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran pelik berkenaan penemuan tembikai di planet Marikh itu kemudiannya dipadam dari laman New York Times. – Getty Images

NEW YORK – Seorang wartawan kadet kolum angkasa lepas di akhbar New York Times didakwa menerbitkan satu artikel online yang mengatakan buah tembikai telah dijumpai di planet Marikh, lapor akhbar New York Post semalam.

“Polis berkata ladang tembikai ditemui di Marikh.

“Pihak berkuasa memaklumkan peningkatan jumlah buah itu di bumi adalah disebabkan tembikai berjaya tumbuh di angkasa lepas. 

“Pihak FBI enggan memberikan komen berkenaan laporan bahawa dunia ‘dihujani’ buah tembikai,” demikian sebagian tulisan pada laporan tersebut yang ditulis oleh individu dikenali ‘Joe Schmoe’ yang sudah dipadam.

Hantaran itu sebenarnya sebahagian daripada ujian siaran online oleh akhbar tersebut yang dimuat naik pada pukul 2.19 petang waktu tempatan kelmarin dan dipadam sejam kemudian.

Ia kemudian digantikan dengan notis bertulis ‘Artikel ini adalah bahan silap terbit’.

Seorang jurucakap akhbar Times kemudian memaklumkan akhbar New York Post menerusi satu e-mel bahawa artikel tersebut yang pada asalnya digunakan untuk sistem ujian telah tersilap dimuat naik di laman rasmi akhbar tersebut dan telah dipadamkan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI