fbpx

Varian Delta jangkiti 235 pesakit di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian besar kes jangkitan varian India itu adalah daripada wabak di kem pembinaan di daerah Laksi, Bangkok - Laksi Government

BANGKOK – Seramai 235 individu daripada 77 wilayah di Thailand telah disahkan positif bagi varian Delta Covid-19 yang pertama kali dikesan di India, lapor laman berita The Thaiger News kelmarin.

Sebahagian besar kes jangkitan adalah daripada wabak di kem pembinaan di daerah Laksi, Bangkok.

Jabatan Sains Perubatan Thailand menguji sampel dari 3,964 pesakit Covid-19 untuk mengesan variasi virus yang bermutasi.

Hasil ujian mendapati 235 sampel positif untuk strain B.1.617.2 yang pertama kali dijumpai di India. 

Sebilangan besar sampel diuji positif untuk varian B.1.1.7 yang pertama kali dikesan di Britain dan dikatakan sebagai penyebab gelombang jangkitan baru-baru ini yang bermula di daerah kawasan hiburan malam Thong Lor di Bangkok. 

Strain B.1.617.2 yang juga dikenali sebagai varian Delta oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pertama kali dikesan di Thailand pada 10 Mei lalu.

Seorang wanita dan anak lelakinya yang berusia empat tahun disahkan positif untuk strain bermutasi itu semasa dikuarantin sekembalinya ke Thailand dari Pakistan.

15 orang pekerja binaan di sebuah kem di daerah Laksi, Bangkok disahkan positif untuk varian Delta pada 15 Mei lalu.

Ketua Pengarah Sains Perubatan, Supakit Sirilak berkata kebanyakan kes yang melibatkan strain virus yang bermutasi berkaitan dengan kelompok kem pembinaan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI