fbpx

Kapal pengawal pantai China dikesan di perairan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Perairan Sarawak sekali lagi menjadi tumpuan apabila nelayan negeri itu mengesan kehadiran kapal pengawal pantai China Jumaat lalu.

Kapal tersebut dikesan berada di sekitar kawasan Beting Patinggi Ali yang terletak 84 batu nautika atau 155 kilometer dari perairan pantai Miri.

Perkara itu disahkan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Miri, Kapten Md Fauzi Othman.

Insiden itu berlaku selang empat hari selepas pihak berkuasa mengesan 16 pesawat dari republik itu memasuki ruang udara negara berdekatan kawasan sama.

Susulan kejadian itu, Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerah ke lokasi terbabit untuk mengetatkan kawalan di kawasan yang turut dikenali sebagai South Luconia Shoals.

Beting Patinggi Ali adalah kawasan yang terlibat dalam pertikaian tuntutan oleh China dan Malaysia dan terletak di perairan utara Sarawak dan berada di dalam zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia.

Ia merupakan Gugusan batu karang itu antara kawasan yang dituntut oleh China melalui tuntutan 9-Dash Line di Laut China Selatan.

Pada 31 Mei, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan iaitu 16 pesawat milik People’s Liberation Army-Air Force (PLAAF).

Kesemua pesawat itu dikesan terbang dalam formasi taktikal memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia di Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional berhampiran Luconia Shoals.

Susulan kejadian itu, pada 3 Jun lalu Wisma Putra memanggil Duta Besar China ke Malaysia dan menyerahkan nota bantahan Malaysia sebagai tindak balas kepada insiden berkenaan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI